Thursday, May 13, 2010

Cara remove write - protection pada pendrive anda

Semasa saya bekerja di sebuah pusat komputer, saya sering berjumpa dgn customer yg mempunyai masalah tidak dpt membuang file atau memasukkan file ke dalam pendrive mereka kerana menerima suatu pop up yg tertulis "write protected" pada pendrive mereka..



Di sini saya akan membantu anda utk menyelesaikan masalah ini.

1. Masukkan pendrive anda. kemudian, buka Start Menu >> Run, taip regedit dan tekan Enter,dan ini akan memasukkan anda ke registry editor.

2. navigatekan:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies

perhatian: sekiranya registry key tidak wujud anda perlulah memuat turun batch
file yang dipanggil add.bat dari http://www.troublefixers.com/wp-content/uploads/Miscellaneous/add.bat dan kemudian double click pada file yang anda muat turun tadi.




3. double click pada key WriteProtect dan setkan value data dgn angka 0.




4. kemudian , keluar dari registry dan restart komputer anda dan sambungkan kembali pendrive anda ke komputer..

No comments:

Post a Comment