Friday, October 23, 2009

Teknik buat virus PC palsu

anda sering ingin tahu bagaimana orang sering menghasilkan virus...... disini ada satu langkah yg membolehkan anda membuat virus.. meskipun ianya hanya virus palsu tp mampu menghasilkan virus yg seperti virus sebenar.. mari kita hasilkan.........

1. tekan right click di button mouse anda.
2. pilih "shortcut"
3. di shortcut taip " shutdown -s -t 60 -c " virus activated" dan tekan ok.
4. kemudian taip title ia sebagai cth: firefox mozilla dan type ok.
5.di pc anda akan timbol satu fail sistem baru yang berjudul firefox mozilla.
6. kemudian tukar icon tersebut kepada icon mozilla dan ianya akan mampu kelirukan orang lain dan apabila ditekan virus tersebut akan muncul.
7. dalam 60 saat anda perlu tutup virus tersebut.
8. caranya ialah:
a. tekan "start menu"
b. tekan "run" dan taip "shutdown -a" dan virus akan terbatal.

begitu sahaja. cukup utk menakutkan kepada sesiapa yg pertama kali terkena tipu tp ianya hanya virus palsu yang menakutkan. hehehe...

Wednesday, October 21, 2009

TEKNIK UTK HACK PASSWORD ADMIN PC

Kekadang anda akan lupa password atau kata kunci komputer anda... masalah in sering berlaku sekiranya anda mempunyai password yang terlalu panjang atau terlalu remeh. namun, keupayaan komputer anda mampu untuk membuka password tersebut sekiranya anda tahu caranya. Di sini saya akan mengajar cara hack password PC (Private Computer) anda.

Langkah - langkah:

1. tekan "start menu" dan cari "run"
2. di tempat "run", anda taip "cmd", dan cmd atau command prompt akan muncul
3. di cmd anda perlu taip "net user" dan anda akan jumpa nama pemillik pc
contoh pemilik pc ialah AZIM.
4. selepas mengetahui nama pemilik pc, anda perlu taip:

net user AZIM *
5. Kemudian tekan "enter"
6. perkataan ini akan muncul:
"Type a password for the user" dan di situ anda sudah boleh ubah password tersebut utk
menjadi password yg baru........

amaran:
ini merupakan salah satu teknik ceroboh pc.

Tuesday, September 8, 2009

akses laman web dgn use name dan password percuma

Apabila anda melayari Internet, kadang-kadang anda akan berjumpa dengan laman web yang memerlukan user name dan password untuk masuk. Bagi mengakses maklumat di dalam laman web tersebut, anda terpaksa mendaftar dengan memasukkan nama, e-mel, dan sebagainya.

Bagi sesetengah orang, proses pendaftaran ini adalah leceh dan menyusahkan. Kadang – kadang meraka akan memberikan nama dan e-mel palsu kerana tidak mahu e-mel terdedah kepada spam.

Servis BugMeNot menyediakan user name dan password percuma bagi hampir 14,000 buah laman web. Anda hanya perlu memasukkan nama laman web yang ingin anda layari dan BugMeNot akan memberi user name dan password yang boleh digunakan.

Dari Wired.

Monday, September 7, 2009

Dapatkan Data Yang Hilang Dgn PC Recovery

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

Muat-turun: PC Inspector File Recovery